oke . entry aku kali nie agak jiwang sikit .
so . bagi yang mata layu
dah mamai ke apa .
boleh lah slow - slow pegi tido ! :)
oke . tak payah nak lengah masa
back to da TOPIK !
mungkin kita tak pernah tahu yang
dalam sejuta insan yang bernama
LELAKI :)
ada SALAH SEORANG
dalam kalangan mereka
yang betul - betul ikhlas menyayangi kita :)
maybe kita tak tak tahu
dan sedar yang tingkah laku mereka
menggambarkan
perasaan mereka terhadap kita :)
so . jangan lah kita mudah menilai mereka
dan ragu akan kesetiaan mereka .
tak salah kan kalau kita
cuba untuk mengenali hati mereka :)
apabila seorang lelaki benar- benar
jatuh cinta dan setia pada kekasihnya
dengan ikhlas , perubahan sikapnya dapat di lihat
dengan jelas . Hati lelaki
yang di anggap keras selama ini , tiba - tiba
menjadi selembut kapas . Sekeras manapun
hati lelaki ia akan
mengalirkan air mata apabila
hatinya di lukai :)
jangan kamu anggap teman lelakimu
seorang yang kuat membebel
sekiranya setiap masa dia cuba
memberi kamu nasihat . Ingat !
nasihat bermaksud mengingati . Dia akan
sentiasa mengingati orang dia sayangi
agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah .
Itu bermakna dia amat menyayangi hubungan
kamu . Jadi terbukalah
mendengar nasihatnya :)
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu
berperangai tidak ubah seperti anak - anak kecil
semata - mata untuk mendapat
perhatian daripadamu .
Si dia mahu bermanja dan inginkan
kekasih hatinya melayannya lebih daripada
orang lain yang pernah kamu sayang .
Kalau dia merajuk ,
sesekali cubalah untuk memujuknya .
Jangan pula kamu sangka
manjanya itu mengada - ngada :)
bukan senang lelaki sanggup
mengubah sikap machonya
kepada seorang lelaki yang berperawakan
MANJA :)
Sekiranya teman lelakimu sentiasa
bertanyakan soalan yang sama ,
" You masih sayang i ? ",
jangan anggap itu satu persoalan yang
membosankan .
Itu tandanya si dia tidak mahu
kasih sayang kamu kepadanya
menjadi luntur .
Sebab itulah , kalimah tersebut
sentiasa di ulang - ulang
agar kamu tahu betapa si dia
sentiasa mahu kamu ingat
diri kamu sudah di miliki OLEHNYA :D
Manusia tidak ada yang sempurna ,
samalah juga teman lelaki kamu ,
tak lari dari buat silap dan kadang - kadang
buat kamu kecik hati ..
tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara
yang baik dan kamu perlu sokong dia :)
Janganlah kamu cari pengganti dia
semata - mata kamu kecik hati
dengan kesalahan dia ...
dan kamu pasti ke penganti dia
itu dapat menbahagiakan kamu ?